Beberapa Halangan Di Atas Jalan Yang Kita Lalui (1)

Jalan dakwah adalah jalan yang mulia dan mahal. Sesungguhnya itulah jalan syurga dan diredhaimAllah, itulah jalan Allah. "Hai Tuhan kami, tetapkanlah tapak-tapak kaki kami di atas jalanMu". Dia
itu adalah jalan yang dipenuhi dengan segala perkara yang dibenci oleh hawa nafsu dan bukanlah
merupakan jalan yang ditaburi bunga-bunga yang mewangi. Beberapa banyak rintangan yang
menghalang dan beberapa banyak penyelewengan yang mungkin terjadi dalam beberapa aspek
yang menjauhkan orang yang berjalan di atasnya dari jalannya.
Seorang Muslim yang telah menyedari pengertian iman di dalam dirinya dan hatinya
merasa bertanggungjawab terhadap Islam mestilah mencari-cari jalan dakwah yang hendak
dilaluinya. Dia mestilah mengetahui manhaj atau cara bekerja dan beriltizam dengannya. Setelah itu
dia wajib mempunyai pengetahuan mengenainya mempunyai kesedaran dan keyakinan supaya dia
tidak mudah tergelincir dan terpesong. Supaya dia tidak tersungkur dengan satu halangan.
8.1 Di Antara Rintangan dan Penyelewengan
Terdapat perbezaan yang jelas di antara rintangan dan penyelewengan. Jalan yang
menyeleweng itu membawa orang yang melaluinya terpesong dari jalan yang sahih. Maka selagi dia
tidak berusaha memperbaiki dirinya dan meninggalkan penyelewengannya, semakin hari dia akan
bertambah jauh dari jalan sebenar terutamanya orang-orang yang berkobar-kobar semangatnya. Ada
kalanya dia susah untuk kembali semula ke jalan yang sahih dan lurus kecuali dia mendapat rahmat
dari Allah s.w.t.
Sekiranya kita membuat tinjauan, nescaya kita akan dapati beber golongan dari kelompokkelompok
Islam yang pelbagai rupa, bentuk namanya itu lahir dan muncul di dalam sejarah
perkembangan dakwah Islam, adalah lahir dari penyelewengan fikrah dan harakah.
Rintangan-rintangan itu biasanya melintangi di tengah-tengah jalan dakwah, merintangi
para da'i, menahannya, melemahkan keazaman, mengelirukan fikirannya, merosakkan usaha dan
natijah dakwahnya dan menjadikan seperti orang lain yang tidak mempunyai bekas, tidak
mempunyai pengaruh dan tidak bernilai langsung.
Penyelewengan dan rintangan itu berupa ujian dan halangan yang biasanya menimpa
orang-orang yang beriman. Berdasarkan firman Al yang bermaksud:
"Alif Lam Mim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah
beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orana yang berdusta".(Al-Ankabut: 1-3)
Setelah kita menyentuh mengenai penyelewengan di dalam tajuk yang lepas, kita akan
menyentuh pula tentang rintangan-rintangan ini di dalam tajuk ini memandangkan sebahagian dari
saudara saya yangdimuliakan telah mengingatkan saya bahawa pembicaraan mengenai
penyelewengan ini sangatlah penting kerana berbahaya, lebih-lebih lagi di masa ini dalam sejarah
dakwah Islam, memerlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi. Oleh itu kita akan kembali
membincangkannya setelah kita selesai membicarakan tentang rintangan-rintangan itu. Wabillah
hittaufik.
8.2 Rintangan-rintangan dan Halangan-halangannya
8.2.1 Manusia Meninggalkan Dakwah
Rintangan pertama di jalan dakwah yang dihadapi oleh para duat ialah manusia berpaling
dari mereka dan tidak mempedulikan mereka kecuali yang telah diberi hidayat oleh Allah.
Sekiranya dugaan-dugaan sedemikian rupa membuat mereka merasa susah, melemahkan keazaman
mereka dan mereka tidak berpuas hati dengan sambutan yang telah diperolehi, maka dia telah gagal
di permulaan jalan dakwah. Janganlah diharapkan lagi mereka ini untuk meneruskan jalannya
bersama angkatan para pendokong dakwah kepada Allah.
Wajiblah setiap orang yang melalui jalan dakwah ini mempersiapkan dan memantapkan
dirinya di atas jalan dakwah, walau bagaimana susah pun. Dia mestilah dapat memahami bahawa
untuk mendapat sambutan dan mencapai hasil yang memuaskan bukanlah satu perkara yang
mudah kerana pendokong dakwah itu menyeru manusia kepada perkara yang berlainan dengan
kehendak nafsu mereka, mengajak mereka meninggalkan beberapa kepercayaan yang sesat dan
berbagai-bagai adat lapuk jahiliah.
Lantaran itu, para da'i mestilah bersabar dan terus bersabar dalam menyampaikan dakwah
walaupun berpaling daripadanya atau tidak memberi perhatian terhadap dakwahnya. Kita
mengambil teladan dan qudwah hasanah pada diri Rasulullah s.a.w. di dalam urusan dakwah ini
kerana baginda adalah manusia yang paling tinggi, ideal dan paling mulia bagi para pendokong
yang menyeru manusia pada jalan Allah. Dari sirah Rasul, kita dapati baginda terus menawarkan
diri dan dakwahnya kepada kabilah-kabilah dan suku-suku bangsa Arab di pasar-pasar walaupun
mereka berpaling dari baginda malah mereka mempersenda-senda dan menganggu baginda.
Baginda juga merantau ke beberapa tempat yang jauh dan mengalami berbagai-bagai kesulitan
semasa menyampaikan dakwah Islam.
Kita juga dapat mengambil teladan yang baik di dalam pengertian ini dari kisah-kisah yang
dihidangkan oleh Al-Quran tentang bagaimana unggulnya kesabaran nabi Nuh a.s. dalam menyeru
kaumnya kepada agama Allah. Dia sanggup bertahan dalam menyeru mereka kepada Allah selama
950 tahun walaupun mereka berpaling daripada baginda menganggu baginda. Firman Allah:
“Nuh berkata: 'Ya Tuhan ku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang maka seruanku itu
hanyalah menambah meraka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada
iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan
menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan
sombongnya. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka kepada iman dengan terang-terangan
kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan cara rahsia". Nuh:
5-9
Demikianlah kesungguhan dan kesabaran nabi Nuh tatkala menyeru kaumnya kepada
Allah siang dan malam, secara rahsia dan terang-terangan tanpa jemu dan putus asa.
Kita juga mendapat ibarat dan pengajaran dari kisah nabi Yunus; dengan kaumnya. Dia
meninggalkan kaumnya dengan perasaan kerana mereka berpaling daripadanya dan tidak
menyambut seruannya lalu Allah memberikan pengajaran kepadanya (ditelan ikan Nun). Ini juga
iktibar dan pengajaran kepada para pendokong dakwah kepada Allah.
"Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan".Al-Ma'idah: 99
Para duat ila Allah diwajibkan menyampaikan dakwah Islam kepada manusia. Mereka tidak
dipertanggungjawabkan akan keberhasilannya dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang berkuasa
memberi hidayah.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kashi, tetqapi Allah
memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya". Al-Qasas: 56
Wahai saudara tatkala kamu menyeru manusia kepada Allah dan orang itu menerimanya
dengan segera, itu adalah semata-mata kerana kurniaan Allah. Sebaliknya jika dia menolak dakwah
dan berpaling darimu mungkin pada satu hari kelak dia teringat apa yang telah kamu serukan
kepadanya lalu dia sedar dan kembali kepada jalan Allah dan saudara hanyalah menjadi faktor
penyebab kepada hidayahNya. Sekiranya dia terus mabuk di dalam kesesatannya dan
kebodohannya walaupun kamu telah memberikan berbagai hujah di atasnya maka kamu telah
menunaikan kewajipan kamu terhadapnya.
Kita mestilah menyedari hakikat bahawa orang yang kita seru kepada Allah dan kebaikan
itu sebenarnya sedang berada di dalam keadaan lupa dan lalai. Oleh itu mereka tidak sedar dan
tidak insaf. Orang seperti itulah yang utama diseru dan diberi peringatan sehingga mereka sedar
dan ingat kembali. Janganlah kita menyangka bahawa sambutan mereka yang pertama kepada
dakwah telah mencukupi dan memadai untuk meneruskan dan mengekalkan kesedaran mereka
terhadap tugas mereka kepada Allah dan kepada Islam supaya mereka terus berjalan di atas sirat almustaqim.
Sekiranya kamu membiarkan mereka beberapa ketika tanpa peringatan, pendidikan dan
tanpa bimbingan seterusnya berkemungkinan mereka akan kembali semula kepada suasana lupa
dan lalai. Lantas kita menyangka bahawa mereka telah berpaling dari kita dan dari dakwah Islam
padahal pada hakikatnya, kitalah yang melupakan mereka dan mencuaikan mereka. Jadi kitalah
sebenarnya yang bersalah.
8.2.2 Persendaan dan Ejekan
Tabiat diri kita mudah marah apabila dipersendakan dan diganggu oleh orang lain. Berkat
naungan Islam pada umumnya dan penglibatan dalam bidang dakwah pada khususnya itu
diwajibkan melatih diri kita supaya menerima segala gangguan, persendaan dan penghinaan yang
menimpai kita di jalan dakwah Islam. Sebenarnya semua ini tidak sedikitpun mengurangi darjah
kemuliaan kita. Ambillah uswah hasanah (contoh teladan) yang baik dari diri Rasulullah s.a.w.
sendiri yang telah menerima pelbagai persendaan, ejekan dari kaum musyrikin. Mereka telah
melemparkan baginda dengan berbagai tuduhan palsu malah menuduh baginda sebagai pendusta,
tukang sihir dan orang gila. Lebih dari itu mereka mengganggu, menyiksa, memujuk baginda, akhir
sekali mereka menawarkan kepada baginda berbagai kemewahan hidup yang istimewa, tetapi
ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah s.a.w. Mereka mengusir baginda dari negeri baginda tetapi
semuanya itu tidak memalingkan-baginda dari dakwah, bahkan baginda terus mengembangkan
dakwahnya dengan lebih giat lagi sambil berdoa kepada Allah supaya Allah memberi hidayah
kepada mereka, dengan bersabda:
"Hai Tuhanku berikanlah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui".
Dengan uslub al-hakim (cara yang bijaksana) seperti itu Rasulullah s.a.w. telah berjaya
menawan beberapa hati yang tadinya tertutup dan menarik beberapa ramai manusia kepada Islam
yang tadinya berpaling daripada baginda dan yang selama ini menentang baginda. Benarlah Allah
Yang Maha Agung apabila berflrman bermaksud:
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru manusia kepada Allah dan beramal
soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri". Tidaklah sama kebaikan
dan kejahatan. Dan tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di
antaramu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu
tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada
orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar". (Fusillat: 33-3)
Para da'i tidaklah boleh sekali-kali marah kepada dirinya. Janganlah dijadikan persendaan
dan gangguan manusia kepadanya sebagai satu satu sebab yang membawa dia berpaling dari tugas
yang mulia ini atau menyebabkan dia berhenti dari usaha dakwah, jadilah kamu seperti apa yang
dikatakan oleh Imam As Syahid Hassan al-Banna:
"Jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan
batu tetapi pokok itu sebaliknya melmpari manusia dengan buah-buahnya".
8.2.3 Penyiksaan
Penyiksaan dari puak jahiliah terdiri dari berbagai rupa dan warna dan datang dari
berbagai-bagai sudut. Penyiksaan terhadap jasmani, rohani dan gangguan terhadap harta, ahli
keluarga dan masyarakat, ataupun pemerintah yang sedang berkuasa yang zalim. Mereka inilah
semuanyg yang diseru kepada Allah s.w.t. supaya kembali kepada Islam. Ataupu gangguangangguan
itu datang dari musuh-musuh Allah dan penganuti kebatilan dari markas kelemahan
mereka. Kita tidak berkata dari markas kekuatan mereka kerana mereka sebenamya lemah, apabila
mereka tidak dapat mematahkan hujah-hujah pendokong dakwah Islam, mereka menggunakan cara
yang lemah iaitu dengan menerkam, memukul, mencengkam dengan kuku besi mereka dan
menyiksa para pendokong kebenaran kerana mereka menganggap dan menyangka bahawa
kekejaman, pembunuhan dan penyiksaan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu akan
menghapuskan suara kebenaran ataupun memadamkan nur Ilahi dan sinar Islam. Tetapi sangkaan
mereka pasti menemui kegagalan.
"Mereka mahu memadamkan nur Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah enggan kecuali
menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir". At-Taubah: 32
Inilah dia sunnah Allah dalam dakwah untuk pendokong dakwah yang telah berlaku, yang
sedang berlaku dan akan terus berlaku sepanjang umur manusia di muka bumi ini.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan)
sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dam
kesengsaraan, serta digoncangkan (bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan
Allah itu amat dekat". Al-Baqarah:214
Jadi apabila para du'at tidak redha menerima gangguan dan penyiksaan seperti ini, tidak
sabar menanggung sengsara, tidak mengharapkan pahala dari Allah dan hanya mengutamakan
kenyamanan 'afiat dan keselamatan. Gejala ini akan menimbulkan akibat yang merugikan
agamanya, merugikan kedudukannya dalam menegakkan kebenaran, malah ia redha duduk dan
tinggal bersenang-senang di rumahnya menjauhkan diri dari jihad dan dakwah. Tidak mahu lagi
meneruskan perjalanan di jalan dakwah dan tidak mahu lagi mengumandangkan suara dakwah dan
kebenarannya. Akhirnya dia mengalami kekalahan yang total di dalam melintasi rintangan itu.
Dengan sendiri dia mengharamkan dirinya dari mencapai kemuliaan angkatan mujahidin dan
ketinggian darjah pendokong dakwah. Allah pasti menggantikannya dengan orang lain yang lebih
redha berjihad pada jalan Allah tanpa takut kepada cercaan sesiapa pun.
"Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak
akan seperti kamu (ini)." Muhammad: 38
Pada hakikatnya Allah Maha Kaya dari kita dan jihad kita.
"Barangsiapa yang berjihad maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya
Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu dari semesta alam)." Al-Ankabut: 6
Oleh kerana itu wajiblah ke atas para da'i ilallah memperkuat azam mereka, mengukuhkan
kemahuan mereka sejak bermulanya langkah pertama di atas jalan dakwah. Bersedia menanggung
segala sengsara dan gangguan dari manusia, meminta bantuan hanya kepada Allah mengutamakan
apa yang ada di sisi Allah, membulatkan keyakinan dan mempercayai dengan sepenuh jiwa raga
bahawa segala bala bencana asalkan bukan neraka adalah baik belaka. Maka janganlah menyerah
kalah berhadapan dengan kebatilan yang sedang menggug dan mengancamnya. Sesungguhnya
pada Rasulullah itu ada teladan yang baik. Qudwah hasanah yang telah ditunjukkan oleh sahabatsaha
Rasulullah s.a.w. di dalam menanggung sengsara penyiksaan dan gangguan tetapi bersabar di
atasnya sepatutnya menjadi ikutan. Bersama kesusahan itu ada kesenangan dan bahawa gangguan
dan gigitan itu merupakan alamat baik dan berita gembira dan kemenangan serta pertolongan dari
Allah.
"Dan sesungguhnya telah didustakan Rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabar terhadap
pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka, sampai datang pertolomgan kami kepada mereka. Tidak ada
seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji) Allah". Al-An 'aam: 34
8.2.4 Kelapangan dan Kesenangan Selepas Kesusahan
Para pendukung dakwah yang muslim, pada biasanya mampu menghadapi bukit-bukit
rintangan yang telah lalu yang berupa penolakan manusia, persendaan mereka serta gangguan dan
penentangan mereka. Dengan penuh kesabaran, ketahanan, kesedaran dan kewaspadaan mereka
mengumpulkan segala tenaga yang ada pada mereka untuk menghadapi cabaran pihak-pihak
pendokong kebatilan jahiliah dan akhirnya mereka mencapai kejayaan. Kekuatan, kemahuan dan
jiwa mereka tidak pernah lemah dan luntur walaupun menghadapi kesusahan hidup, kerosakan dan
keburukan suasana serta pelbagai gangguan dan penindasan dari pihak yang menentang dakwah.
Sehingga akhirnya Allah menghapuskan kesusahan, kesulitan dan meringankan tekanan dan
gangguan sama ada seluruhnya atau sebahagian daripadanya. Biasanya pertolongan Allah ini akan
mengurangi kepayahan dan keletihan serta menimbulkan kerehatan dan kelapangan untuk
ketenangan saraf dan ketenteraman jiwa demi memperbaharui kegiatan dan kecergasan. Di sinilah
lahirnya pula satu bukit halangan yang tidak terduga. Ketenangan jiwa, ketenteraman warna
suasana penuh kerehatan dan kelapangan kadang-kadang melalaikan kita, lantas kita menyerah
kepadanya dan terus terlelap dan enak di dalamnya. Terutamanya apabila kerehatan dan
kelapangan itu disertai oleh kemewahan atau kesenangan hidup.
Kadang-kadang orang yang terdedah kepada bentuk rintangan seperti ini akan mencari-cari
dan mereka-reka berbagai alasan untuk membenarkan tindakannya yang tidak sesuai dengan
harakah dan merugikan dakwah Islam dan jihad. Sikap ini hanyalah semata-mata bertujuan untuk
mengurangkan tekanan jiwa lawwamahnya (jiwa yang menyesali). Akhirnya kerehatan dan
kelapangan yang terbuka itu menjadi sempurna tanpa sebarang tekanan. Oleh kerana itu,
pendokong dakwah yang benar janjinya kepada Allah dan benar niatnya untuk berdakwah dan
telah menjual dirinya dan hartanya kepada Allah, mestilah menyedari dan menginsafi perkara ini
dan hendaklah berterusan melepasi rintangan demi rintangan tanpa tersangkut dan tersungkur
padanya. Saudara-saudaranya pula mestilah menarik tangannya dan menolongnya untuk bangkit
kembali meneruskan jihad dan perjuangannya di jalan Allah. Dakwah Islam sentiasa memerlukan
usaha dan tenaga yang maksima supaya bidang dakwah sentiasa subur dan mekar. Alhamdulillah.
Kemenangan dan kelapangan yang terluang tadi hanyalah merupakan alat (peluang) untuk
memperbaharui kekuatan, kegiatan.
"Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah" Al-A'raaf:58

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

Lebih baru Lebih lama