Marhalah At-Takwin: Pandangan dan Penerangan

4.1 Berhenti Sejenak Di Antara Dua Marhalah
Kita telah terangkan bahawa dakwah mempunyai tiga marhalah: pengenalan, pembentukan
dan pelaksanaan. Setelah kita sentuh marhalah taarif (pengenalan) dan sebelum memasuki marhalah
takwin (peringkat pembentukan) kita merasa perlu berhenti sejenak untuk meneliti sudut-sudut
kejiwaan dan persediaan perasaan yang mesti ada supaya cita-cita yang ingin dicapai dari marhalah
takwin dan persediaan duat dapat dilahirkan dan diwujudkan di alam nyata atau dapat
direalisasikan di muka bumi.
Sesungguhnya tugas, tanggungjawab dan agungnya cita-cita yang kita hendak bangunkan
itu membuatkan kita sentiasa mengambilkira kepentingan menyediakan individu-individu muslim
atau seberapa ramai pendokong dakwah yang ikhlas dan layak memikul amanah dan
menunaikannya menurut rupa dan bentuk yang lebih sempurna, terutama setelah kita tahu bahawa
membangunkan insan adalah penting dan lebih susah daripada membangunkan kilang-kilang.
Sesungguhnya tidak ramai yang layak memikul beban dakwah ini kecuali orang dapat
meliputinya dengan segala jurusan, yang sanggup, mampu dan rela mengorbankan diri, harta,
waktu dan kesihatannya untuk urusan dakwah dan tugas yang didokongnya. Tidak mungkin akan
lahir kesungguhan, ketekunan dan usaha yang sebenarnya kecuali setelah dakwah itu menguasai
akal dan fikirannya, sebati dengan jiwa dan hatinya, menjadi darah dan dagingnya, menjadikan
semangatnya menyala-nyala dan sukmanya berkobar-kobar untuk merealisasikanya di dalam waqi'
al-amri (di dalam kenyataan hidup).
Lantaran al-iman al-amiq bi al-dakwah (iman yang mendalam terhadap dakwah) menjadi
dasar yang pertama di dalam mencapai kejayaan. Kita memerlukan jiwa-jiwa yang hidup, yang kuat,
yang muda belia, hati-hati yang baharu yang sentiasa berkobar-kobar, rasa cemburu yang sentiasa
bemyala-nyala, jiwa-jiwa yang berinisiatif, lincah, segar bugar dan cergas. Kerana Islam
menghendaki di dalam hati individu mempunyai sentimen dan perasaan yang mampu membezakan
yang benar dan salah. Islam mahu supaya seseorang itu mempunyai kemahuan yang tinggi dan
tegas seperti cekap dan tidak mengenal lemah, tidak bertolak ansur membela kebenaran lantas
membela dengan segala kekuatan dan ketangkasan. Islam mahu penganutnya mempunyai badan
yang sihat sejahtera dan mampu memikul berbagai-bagai tugas dan kewajipan Islam dan sebaikbaiknya,
menjadi umat yang baik dan layak membuktikan kemahuan yang baik untuk menolong ke
arah kebenaran dan kebaikan.
4.2 Marhalah At-Takwin da Persediaannya
Sesungguhnya marhalah di'ayah, (penerangan, memperkenalkan, menggambarkan tentang
dakwah dan cara penyampaiannya kepada orang ramai dalam setiap lapisan masyarakat) jika tidak
diiringi dengan marhalah at-takwin (peringkat pembentukan dan pemilihan para pendokong dan
penolong terdiri dari golongan Ansar dan Hawariyyin) serta persediaan tentera dan mengatur taktik
barisan dari kalangan orang-orang yang diseru, berkemungkinan menyebabkan segala usaha yang
telah dikorbankan di dalam penerangan dan penyebaran dakwah menjadi sia-sia dan hilang begitu
sahaja.
Kesedaran rohani yang lahir dari marhalah taarif (peringkat pengenalan) tidak boleh
dibiarkan musnah dan padam begitu sahaja, tetapi mesti dibersihkan dan diarahkan ke dalam jiwa
supaya bertindak dan berusaha membuat perubahan dan kemajuan yang sejati dalam diri sendiri.
Medan yang pertama untuk pembentukan dan perubahan bermula dari dalam diri terlebih dahulu
dan benarlah Allah Yang Maha Agung tatkala berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada
diri mereka ". (Ar-Ra'ad:ll)
Ramai di kalangan muslim yang kita seru pada hari ini telah dilahirkan dan dibesarkan di
dalam masyarakat yang jauh dari hakikat Islam dan intisarinya, satu masyarakat yang dikuasai oleh adat dan tradisi yang telah rosak, yang telah meresapi jiwa mereka dan sebati dalam kehidupan
mereka. Jadi para pendokong dakwah yang menyeru manusia ke jalan Allah dan mengajak manusia
kepada cara hidup Islam mestilah memberi perhatian dan usaha yang serius dalam: membersihkan
diri mereka dari segala adat lapuk jahiliah lantas menghiasi diri mereka dengan adat-adat Islam,
akhlak-akhlak Islam dan membentuk hidup manusia menurut acuan Islam dan cara hidup Islam.
"Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nyalah kami
menyembah" (Al-Baqarah: 138)
Perubahan ini mestilah bermula dari dalam diri yang telah diberi minum dengan akidah
tauhid, mengesakan Allah dan mengecapi halawatul iman (kemanisan iman) dan dapat dijelmakan
pada seluruh anggota jasmani dan menguasai setiap aspek kehidupan. Marilah kita renungkan
alangkah indahnya perumpamaan dan kata-kata yang telah diucapkan oleh Imam Hassan Al-
Hudhaibhi rahimahullah mengenai pengertian ini tatkala beliau berkata:
"Tegakkanlah daulah Islam di dalam hatimu supaya dia tegak di atas bumi kamu " .
4.3 Individu Muslim Yang Kita Kehendaki
Muslim hari ini mempunyai bilangan yang ramai tetapi tidak mempunyai mutu yang
istimewa seperti muslim pada generasi pertama di zaman Rasulullah s.a.w. Mereka tidak mampu
merubah rupa dan suasana yang telah rosak. Lantaran itu mereka tidak mampu membangunkan
daulah al-haq wal iman, tidak mempunyai mutu yang membolehkan mereka menghapuskan yang
batil dan merealisasikan kebenaran dengan pertolongan Allah.
"Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu
akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya. Adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka
ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ".(Ar-Ra'ad: 17)
Kita menghendaki dari saudara muslim yang benar supaya menjadi muslim yang sejahtera
akidahnya, sihat ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, yang mempunyai
usaha, yang sanggup berdikari yang berkorban untuk diri sendiri dan orang lain, sanggup
memerangi hawa nafsu, yang menjaga waktunya dengan sebaik-ba'iknya, berdisiplin dalam segala
urusannya dan Iain-lain lagi nilai-nilai yang asasi di dalam membentuk lelaki dakwah, pendokong
dakwah.
Sesungguhnya mempersiapkan lelaki mithali yang sedemikian mutu dan bentuknya
memerlukan usaha yang sungguh-sungguh, ketekunan yang berterusan, kesabaran dan ketabahan
yang utuh. Muslim sedemikianlah yang akan mampu dan sanggup membangunkan rumahtangga
Islam yang mulia. Dia kemudiannya akan bergerak, bertindak dan berusaha membangun
masyarakat Islam. Lalu membentuk pandangan umum dan cara berfikir umum secara Islam dan
terus membentuk teras (dasar) yang kuat, yang di atasnyalah dapat ditegakkan harakah Islam
(gerakan Islam) sebagai benih bagi daulah dan khilafah Islam. InsyaAllah Taala.
Oleh kerana itu kita dapati imam kita As-Syahid Hassan Al-Banna Rahimahumullah
memberikan perhatian yang sewajarnya kepada individu muslim dan berusaha mempersiapkannya.
Langkah-langkah ini adalah mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w yang telah mempersiapkan
angkatan mukmin yang pertama yang telah dibentuk di madrasah Rasulullah s.a.w yang
kemudiannya membangunkan daulah Islam yang kuat, agung dan teguh.
Usrah-usrah, pasukan-pasukan, angkatan-angkatan, ceramah, forum-forum, majlis-majlis
diskusi, pelajaran, perkelahan, pengembaraan, operasi ketenteraan, risalah-risalah, sebaran-sebaran,
lembaran-lembaran suratkhabar dan majalah yang telah, sedang dan akan terus kita buat, semuanya
itu dinamakan wasilah atau jalan dan alat untuk mempersiapkan individu muslim secara beransuransur
di dalam persiapan ini. Ibaratnya seperti jurutera di dalam membangunkan bangunan.
Bermula dari seorang anggota jamaah, kemudian manjadi pemuda yang berdisiplin, kemudian
sebagai seorang pemuda yang beramal seterusnya menjadi anggota mujahid yang berjihad dan
berjuang bersama jamaah Islam.
4.4 Ciri-ciri utama Seorang Al-Akh Al-Mujahid
Sesungguhnya al-akh mujahid yang berjuang dan berjihad, atau lelaki dakwah, pendokong
dakwah mestilah mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap agamanya, kefahaman yang
syumul, lengkap dan murni dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Dia mesti mempunyai
darjah keikhlasan yang besar supaya menjadi tentera dakwah, tentera akidah dan fikrah. Bukan
tentera yang mengejar ganjaran dan tujuan kebendaan semata-mata, bukan angkatan yang sematamata
mencari kepentingan diri sendiri. Dia mengutamakan kerja dari perkataannya. Apa yang
dikatakan itulah yang dikotakan setelah dia mengenali jalan dan mengikhlaskan niatnya kerana Allah semata-mata. Dia membulatkan dirinya untuk dakwahnya (dakwah Islam) dan membebaskan
dirinya dari segala prinsip selain Islam dan dari manusia yang tidak menyetujui dakwah Islam.
Lantas dia menyediakan dan melengkapkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah demi
meninggikan kalamullah dengan mengorbankan segala yang mulia dan yang mahal dari jiwa, harta,
waktu dan usaha.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka ". (At-Taubah: 111)
Dia akan terus menerus berjihad dan berdakwah pada jalan Allah, menuju cita-cita walau
berapa lama pun masa hinggalah dia terkorban di dalam jihad itu. Lantas ia mencapai salah satu
kebaikan iaitu syahid atau mencapai tujuan dan cita-citanya.
"Di antara orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah,
maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka tidak
sedikitpun merubah (janjinya) ". (Al-Ahzab : 23)
Lelaki akidah dan tentera dakwah dituntut supaya melatih dirinya dan beriltizam mematuhi
perintah pemimpin jamaah dan melaksanakannya di waktu senang atau susah, di waktu suka atau
benci kerana sesungguhnya jalan dakwah itu adalah jihad yang tidak boleh berhenti dan tidak boleh
dielakkan. Dakwah dan jihad adalah satu perjuangan yang berterusan untuk sampai kepada tujuan.
Segala ujian dan dugaan yang hebat serta dahsyat tidak akan mampu diharungi kecuali oleh orangorang
yang benar. Tidak ada sesuatu yang boleh menjamin kemenangan kecuali ketaatan dan
persaudaraan yang benar yang berdiri di atas cinta-menyintai dan kasih sayang di antara orang
muslim yang lain. Tahap persaudaraan paling minima ialah terpelihara hatinya dari bersangka
buruk terhadap mana-mana saudara muslim yang lain. Setinggi-tinggi tahap persaudaraan itu ialah
mengutamakan saudaranya yang muslim lebih dari daripada kepentingan dirinya sendiri.
4.5 Perkataannya, Perbuatannya dan Jihad
Oleh kerana itu, kita lihat ramai lelaki yang hanya pandai berkata-kata bukan merupakan
lelaki amal, lelaki amal bukan pula lelaki jihad dan lelaki jihad semata (jihad yang tidak benar)
bukan merupakan lelaki jihad yang bijaksana yang mampu membawa hasil yang menguntungkan
dengan pengorbanan yang paling sedikit.
Ini sesuai dengan apa yang telah diterangkan oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna di
dalam Al-Ta'rif :
"Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang
bertahan dalam beramal dan bekerja. Tidak ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu memikul
bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit
bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya mereka itu silap tetapi
akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah".
Kisah Thalut menghadapi Jalut menjadi saksi dan bukti terhadap apa yang kita katakan ini.
Bukalah Al-Quran dan bacalah tentang mereka di dalam ayat 246 hingga 252 Surah Al-Baqarah.
Oleh kerana itu persiapkanlah diri anda, hadapilah dia dengan pendidikan yang sahih, yang benar
dan periksalah dia dengan teliti dan ujilah dia dengan tugas-tugas berat dan kurang disukainya,
yang susah dibuatnya dan berat dipikul. Latihlah diri menjauhi syahwat, menjauhi adat-adat dan
kebiasaannya.
4.6 Sunnatullah Di Dalam Dakwah
Setelah kita beransur-ansur melalui peringkat-peringkat persediaan dan tarbiyah, sesuai
dengan cara, alat dan segala kemungkinan menurut kemampuan yang ada pada kita sama ada
individu atau jamaah, semuanya itu hanyalah sebagai batu-bata yang masih mentah. Setelah
semuanya beres, berjalanlah di atas sunnatullah dengan ibtila', ujian dan bencana untuk
membersihkan dan membezakan di antara yang tulen dan palsu, antara yang benar dan yang dusta,
di antara emas dan tembaga supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya.
"Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman. Pada hal mereka
belum diuji, dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka supaya Kami mengetahui
orang-orang yang benar atau orang-orang yang bohong." (Ankabut: 2 – 3)
"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, pada hal belum datang kepadamu (cubaan)
sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. "Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orangorang
beriman bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah
itu sangat dekat". (Al-Baqarah:214)

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

Lebih baru Lebih lama