picture

Usul Isyrin (5) Pendapat Imam (Pemimpi)


ASAS KELIMA:
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak
dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan
pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung
dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat
tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi
berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.
Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak
melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.
Pejelasan:
Imam ialah ketua yang dipilih oleh jamaah Muslimin, dengan pemilihan
ini beliau menjadi ketua negara Islam atau menjadi timbalan ketua negara yang
menggantikan ketua sewaktu beliau tidak ada dalam negeri, atau menjadi ketua
dalam satu-satu wilayah, atau menjadi ketua dalam jawatan-jawatan tertentu,
seperti ketua tentera.
Pendapat imam dalam perkara-perkara ijtihadiah, iaitu perkara-perkara
yang tidak disebutkan dalam nas Al-Quran atau hadith, atau ada nas yang
menyentuh perkara tersebut tetapi boleh ditafsirkan dengan beberapa
pengertian dan demikian juga pendapat imam dalam perkara-perkara yang
bersangkutan dengan masalehulmursalah (maslahat umum) adalah diterima dan
berkuatkuasa, kecuali pendapat-pendapat beliau itu bertentangan dengan
kaedah-kaedah syariat atau bertentangan dengan asas-asas yang telah
dipersetujui oleh ulamak Islam, atau bertentangan dengan nas Al-Quran atau
hadith yang jelas, kerana kaedah dalam Islam telah mengatakan: “Ijtihad tidak
boleh dilakukan dalam masalah yang bertentangan dengan nas”.
Hak ketua negara sebagaimana yang kita sebutkan ini adalah juga
menjadi hak kepada ketua jamaah Muslimah yang dipilih oleh jamaah tersebut
untuk mengetuainya. Hak ini bukanlah khusus untuk ketua negara, malah ketua
jamaah Muslimah berhak melakukan ijtihad dalam perkara-perkara ijtihadiah
dan perkara yang termasuk dalam kaedah masalehulimursalah, juga dalam
perkara yang telah dinaskan dalam Al-Quran dan hadith tetapi nas tersebut
boleh ditafsirkan dengan tafsiran yang berlainan.
Anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat
oleh ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi
syariat. Tetapi andainya ijtihad ketua keluar dari landasan yang telah
Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana 
diharuskan dan bertentangan dengan nas syariat, anggota jamaah tidaklah wajib
mematuhi dan mentaati ketua mereka dalam ijtihadnya, kerana tidak ada
ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khalik.
Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada semua bentuk ibadat.
Dengan lain perkataan kaedah umum dalam ibadat ialah hanya kerana taat
kepada Allah, semata-mata kerana pengabdian diri kepada Allah, bukan kerana
rahsia, hikmat atau tujuan yang terkandung dalam ibadat tersebut sekalipun kita
mengimani bahawa semua ibadat mengandungi hikmat dan rahsia.
Dalam perkara-perkara yang bukan ibadat pula (perkara-perkara adiat)
seperti makan, minum, pakaian dan muamalat haruslah dilihat dari sudut rahsia
yang terkandung di dalamnya. Ia haruslah dilihat dari sudut maksud dan
hikmat syariat Islam yang umum; hikmat yang terdapat dalam semua sudut
syariat Islam. Berdasarkan hikmat syariat dan maksudnya yang umum dalam
meletakkam hukum, kita akan dapat meletakkan hukum ke atas perkara-perkara
adiat lain yang tidak disebutkan hukumnya dalam nas Al-Quran dan hadith.

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

Lebih baru Lebih lama